Saturday, 9 April 2011

28 Mac 2011
Oleh: Aziroh Johari
Syarikat QMATH MADURASA ENTERPRISE ditubuhkan adalah hasil gabungan lima gadis desa yang mempunyai semangat  dan jiwa yang kental untuk memajukan  pemikiran dan kesihatan anak bangsa sendiri. Jadi untuk itu melalui kata sepakat, kelima-lima peneraju utama Syarikat QMATH MADURASA memilih madu sebagai produk utama untuk dikormersialkan. QMATH diambil hasil gabungan nama-nama peneraju utama syarikat ini. Syarikat ini ditubuhkan pada  24 mei 2006. Dibangunkan di atas tapak seluas lima hektar di tengah –tengah bandar kota raya metropolitan Kuala Lumpur, Syarikat QMATH MADURASA  ENTERPRISE ini mudah untuk dikenali ramai lebih-lebih lagi dengan produknya yang berkualiti tinggi.
Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga seperti lebah untuk melakukan pendebungaan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, “Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar daripadanya.”

Mengambil cebisan daripada sabda di atas Syarikat QMATH  MADURASA dengan penuh rasa tanggungjawabnya mengambil inisiatif terbaru untuk mempelbagaikan lagi rangkaian produk yang berasaskan madu di pasaran. Antara produk-produk yang telah dikeluarkan oleh Syarikat QMATH MADURASA ialah rangkaian produk kecantikan kosmetik dan sabun mandi, penambah perisa dalam makanan, jus campuran madu, manisan seperti choki-choki madu, kismis minda, produk madu lebah asli dan pelbagai lagi. Syarikat QMATH MADURASA ini walaupun baru berusia empat tahun sudah mampu untuk memenuhi  pasaran Malaysia dan akan memenuhi pasaran luar negara pada empat tahun akan datang mengikut target.

Produk – produk yang berasakan madu keluaran Syarikat QMATH MADURASA ini mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dalam kehidupan sehari- harian. Khasiat madu lebah ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan tidak tertumpu kepada  golongan tertentu sahaja. Ini bermaksud semua lapisan umur boleh menikmati khasiat madu lebah ini. Antara kelebihan – kelebihannya yang telah terbukti berkesan ialah madu dapat  memperbaiki dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam badan, mempertingkatkan dan melancarkan proses penghasilan tenaga, mengatasi masalah kekurangan zat-zat makanan terutama sekali pada kanak-kanak
mahupun orang dewasa, mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal, memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air, memulihkan penyakit berpanjangan dan banyak lagi.

Dari segi kecantikan pula madu dapat menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. Kulit  juga akan menjadi lebih halus, bersih dan berseri-seri. Bagi lelaki pula akan kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Madu ini juga sesuai untuk ibu – ibu mengandung kerana dapat menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir juga dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan. Dengan ini bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat.

Walaupun begitu,masih ramai yang tidak mengambil tahu dan menyedari khasiat madu lebah dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia. Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersama- sama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam minuman. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri ada menyatakan bahawa madu dianggap sebagai ibu makanan, minuman atau ubatan.

Madu juga sesuai untuk mencerdaskan otak bagi remaja- remaja yang masih belajar. Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa madu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan dan kecerdasan. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Oleh itu, kita sebenarnya digalakkan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan.

Cara penggunaan madu juga boleh dipelbagaikan seperti menukar atau mengurangkan penggunaan gula dalam minuman dan digantikan dengan madu, madu di campurkan di dalam segala persediaan masakan untuk membangkitkan selera dan pelbagai lagi. Keharuman madu asli dalam masakan akan menarik minat penggemar madu untuk menjamu selera. Luka-luka kesan gigitan serangga berbisa juga boleh diubati dengan menyapu sedikit madu di permukaan luka dan di biarkan kering.
                                                            
Lihatlah betapa besar dan agungnya ciptaan Allah s.w.t, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Bukankah dengan kebesaran ini mampu meningkatkan lagi tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah Yang Maha Pencipta. Di harap Syarikat QMATH MADURASA akan lebih cemerlang dengan penghasilan produk yang berkualiti tinggi hasil daripada usahasama anak- anak tempatan.

logo ktorang

Thursday, 7 April 2011

visi dan misi syarikat madurasa interprise ( S.M.I )

visi
  1. Menjadi pembekal madu yang terbesar dan terkenal di seluruh Malaysia
  2. mengeluarkan produk - produk terbaru kepada pengguna.
  3. mengeluarkan hasil madu yang berkualiti.
  4. S.M.I mempunyai kredibiliti yang tinggi.
  5. mengembangkan produk - produk yang berasaskan madu dan bekerjasama dengan syarikat lain 
  6. mempunyai pekerja yang mahir dan pakar berkaitan dengan madu.
misi

Syarikat madurasa interprise ( SMI ) pembekal dan pengedar terbesar di Malaysia menjelang tahun 2015.

Wednesday, 6 April 2011

pengenalan..........

assalamualaikum...............

sebagai pengenalan, kitorang student krism diploma pertanian semester 2/2011 ditugaskan untuk mengcreatekan satu blog yang memaparkan tentang syarikat ktorang yang berasakan madu lebah asli. So, sebarang maklumat yang kitaorang tahu  akan dipaparkan disini.sebarang pertambahan atau perkongsian maklumat juga amat dialu- alukan oleh kitaorang.

Tuesday, 5 April 2011

KHASIAT QMATH MADURASA PRODUK MADU LEBAH ASLI

KHASIAT QMATH MADURASA PRODUK MADU LEBAH ASLI
28 Mac 2011
Oleh: Aziroh Johari
Syarikat QMATH MADURASA ENTERPRISE ditubuhkan adalah hasil gabungan lima gadis desa yang mempunyai semangat  dan jiwa yang kental untuk memajukan  pemikiran dan kesihatan anak bangsa sendiri. Jadi untuk itu melalui kata sepakat, kelima-lima peneraju utama Syarikat QMATH MADURASA memilih madu sebagai produk utama untuk dikormersialkan. QMATH diambil hasil gabungan nama-nama peneraju utama syarikat ini. Syarikat ini ditubuhkan pada  24 mei 2006. Dibangunkan di atas tapak seluas lima hektar di tengah –tengah bandar kota raya metropolitan Kuala Lumpur, Syarikat QMATH MADURASA  ENTERPRISE ini mudah untuk dikenali ramai lebih-lebih lagi dengan produknya yang berkualiti tinggi.
Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga seperti lebah untuk melakukan pendebungaan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, “Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar daripadanya.”

Mengambil cebisan daripada sabda di atas Syarikat QMATH  MADURASA dengan penuh rasa tanggungjawabnya mengambil inisiatif terbaru untuk mempelbagaikan lagi rangkaian produk yang berasaskan madu di pasaran. Antara produk-produk yang telah dikeluarkan oleh Syarikat QMATH MADURASA ialah rangkaian produk kecantikan kosmetik dan sabun mandi, penambah perisa dalam makanan, jus campuran madu, manisan seperti choki-choki madu, kismis minda, produk madu lebah asli dan pelbagai lagi. Syarikat QMATH MADURASA ini walaupun baru berusia empat tahun sudah mampu untuk memenuhi  pasaran Malaysia dan akan memenuhi pasaran luar negara pada empat tahun akan datang mengikut target.

Produk – produk yang berasakan madu keluaran Syarikat QMATH MADURASA ini mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dalam kehidupan sehari- harian. Khasiat madu lebah ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan tidak tertumpu kepada  golongan tertentu sahaja. Ini bermaksud semua lapisan umur boleh menikmati khasiat madu lebah ini. Antara kelebihan – kelebihannya yang telah terbukti berkesan ialah madu dapat  memperbaiki dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam badan, mempertingkatkan dan melancarkan proses penghasilan tenaga, mengatasi masalah kekurangan zat-zat makanan terutama sekali pada kanak-kanak
mahupun orang dewasa, mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal, memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air, memulihkan penyakit berpanjangan dan banyak lagi.

Dari segi kecantikan pula madu dapat menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. Kulit  juga akan menjadi lebih halus, bersih dan berseri-seri. Bagi lelaki pula akan kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Madu ini juga sesuai untuk ibu – ibu mengandung kerana dapat menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir juga dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan. Dengan ini bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat.

Walaupun begitu,masih ramai yang tidak mengambil tahu dan menyedari khasiat madu lebah dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia. Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersama- sama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam minuman. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri ada menyatakan bahawa madu dianggap sebagai ibu makanan, minuman atau ubatan.

Madu juga sesuai untuk mencerdaskan otak bagi remaja- remaja yang masih belajar. Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa madu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan dan kecerdasan. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Oleh itu, kita sebenarnya digalakkan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan.

Cara penggunaan madu juga boleh dipelbagaikan seperti menukar atau mengurangkan penggunaan gula dalam minuman dan digantikan dengan madu, madu di campurkan di dalam segala persediaan masakan untuk membangkitkan selera dan pelbagai lagi. Keharuman madu asli dalam masakan akan menarik minat penggemar madu untuk menjamu selera. Luka-luka kesan gigitan serangga berbisa juga boleh diubati dengan menyapu sedikit madu di permukaan luka dan di biarkan kering.
                                                            
Lihatlah betapa besar dan agungnya ciptaan Allah s.w.t, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Bukankah dengan kebesaran ini mampu meningkatkan lagi tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah Yang Maha Pencipta. Di harap Syarikat QMATH MADURASA akan lebih cemerlang dengan penghasilan produk yang berkualiti tinggi hasil daripada usahasama anak- anak tempatan.

All about Dynamic Views for Readers - Blogger Help